• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Resis...

    Monday, 19 March 2012




    >Buku Glosari Seni Lukis,resis didefinisikan Suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.



    >Aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin.


    BAHAN :

    Lilin digunakan pleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.



    >Teknik menggunakan lilin,krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya.



    >Teknik resis memnyebabkan permukaan kertas yanag diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal.



    >Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ker peringkat warna gelap.







    Contoh Karya Menggunakan Teknik Resis




     













     





    Poster

    Sunday, 18 March 2012
                                               




    Poster


    1. Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi perhubungan dan pengiklanan.

    2. Poster berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahuan dan pengiklanan.

    3. Poster harus dapat menarik perhatian orang ramai  serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan





     


    Cetakan




    Cetakan-Satu proses hasil kerja seni menggunakan perindahan imej yang 
    berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain. 


    Cetakan Lino

    Cetakan Lino

    Capan

    Tuesday, 6 March 2012


    Capan ialah..






    >Teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. 




    >Teknik capan juga tidak memerlukan blok cetakan. 




    >Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan di permukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. 




    >Antara contoh bahan yang boleh digunakan dalam teknik capan termasuklah : 




    >Sayur-sayuran seperti bawang,daun pelepah pisang,bendi dan sebagainya. 




    >Cap jari dan permukaan tapak tangan juga boleh digunakan. 


    >Alam benda pula termasuklah tapak kasut,putik kapas,dan sebagainya lagi. 



    **************************************************************



    Cara-cara menghasilkan capan menggunakan bahan semula jadi:



    Langkah 1 : Bancuh warna air mengikut warna yang disukai.


    Langkah 2 : Gunakan berus dan warna pada permukaan daun pelepah pisang yang telah dipotong dan capkan atas kertas.



    Langkah 4 : Cap atas kertas sehingga terjadinya hasil seperti di atas ini.Hasil boleh diperkemaskan lagi.




    ************************************************************************






    Berikut merupakan contoh-contoh hasil karya capan :





    Capan menggunakan alam semula jadi seperti daun.





    Capan yang menggunakan putik kapas yang bertemakan alam flora dan fauna.






    contoh 1

    contoh 2



    Lukisan


    Lukisan ialah...


    Hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej
    dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit.

    Teknik-teknik melukis adalah seperti berikut :

    Kontur
    Berombak
    Campuran
    Conteng

    Tema atau subjek yang ingin dilukis terbahagi kepada tiga iaitu:
      (i) Lukisan figura (imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan)
       (ii) Lukisan alam benda (objek kaku atau tidak bernyawa )
      (iii) Lukisan lanskap (pemandangan di luar studio atau di dalam studio)

    Lukisan Flora  Menggunakan Krayon
    Lukisan "Still Life"
    Lukisan Figura Manusia

    Lukisan Teknik  Gosokan Menggunakan Arang



    Kaedah-kaedah melukis :


    a)Kaedah Tetingkap

    b)Kaedah Tenang

    c)Kaedah Grid

    d)Kaedah Pemerhatian

    e)Kaedah Peniruan/ Tekap











    Tentang Catan

    Monday, 5 March 2012


    Apa itu Catan?




    Proses melukis dengan menggunakan media basah yang di sapu ke atas sesuatu permukaan.




    Catan yang menggunakan cat Akrilik 
    Tajuk : The Sad Flower and Butterfly
    Teknik : Glazing
    Media : Acrilic on  canvas



    Catan merupakan hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan legap seperti atau kanvas catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja. 

    Bahan warna yang biasa digunakan untuk menghasilkannya ialah cat air, cat minyak, poster colour atau akrilik. 

    Bahan pewarna dari tumbuh-tumbuhan pula seperti kunyit, pinang, inai, senduduk juga boleh digunakan menghasilkan catan. 

    Selain dari pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang menghasilkan catan bahan lain juga dibenarkan jika ia boleh memberi kesan yang menarik dan menyeronokkan adalah digalakkan. 

    Catan selalunya berfungsi menceritakan sesuatu peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud.
    Catan juga membolehkan seseorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak. 

    Seorang pelukis terkenal, iaitu Wassily Kandinsky menyatakan, “setiap seni mempunyai bahasa yang tersendiri, iaitu satu cara yang khusus bagi setiap catan. 

    Setiap seni itu merupakan suatu yang lengkap dengar sendirinya dan hidup dalam alamnya yang tersendiri”. 

    Biasanya bahan untuk catan cat air atau water colour banyak menggunakan air dan menggunakan pengilat gam Arab. 

    Cat air bersifat lutsinar, ia juga boleh digelapkan sekiranya warna disapu beberapa kali atau tebal. 

    Manakala catan cat Minyak pula menggunakan turpentine atau bahan pengilapnya ialah minyak linsid berfungsi mencairkan warna dan ia bersifat legap dan perlu dicerahkan sedikit demi sedikit. 

    Catan cat akrilik pula menggunakan air, bersifat lutsinar dan legap juga boleh dicerah warnanya.



    ***************************************************************








    Bagaimana untuk membuat catan cat air. Klik video di atas.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers