• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • IM BACK!

    Friday 4 September 2015
    After 3 years~ pheww... 



    hi alls.. lama x update blog semenjak dua menjak tiga menjak membizi hidup beberapa tahun ni.. huhuuhu.. skang da jadi ex student dah.. rindu betul zaman belajar taw.. betul lah org ckp.. bila tengah belajar rasa xsabo sabo nak kerja.. tapi bila dah BEKERJA.. jeng3~ hah amik kaw sibuk nak jadi student balik.. memang dunia pekerjaan dan dunia belajar adalah dua dunia yang super duper berbeza uols.. percayalahh.. hew3~ 




    ok.. ini zaman anak dara sangat.. first year posting di SKSP 2.. jadi guru ni bukan mudah yer tuan-tuan dan puan-puan.. mcm2 kena harungi.. so siapa guru Malaysia.. sila bertabah okay.. #gambarfefeelingharikonvotahun6SKSP2Tahun 2014


    btw skang ni iols pun sarat mengandung anak pertama.. sedang menunggu minggu hari je ni.. harap2 lah semuanya dipermudahkan Allah S.W.T.. aamin ya rabb.. 

    ni gambar semasa raya.. sebelah tu suami tercinta i.. huhu..masa ni perut kecil lagi.. tu pun dah memalu taw! meow~

    ni pula gambar paling latest.. baby dah mencecah 8 bulan..so mummynya sangat lah xterlarat dan muatan berat dah ni.. tu pasal la gmbar kena cover perut.. gmbar ni agk bermakna for me as ateacher.. kenangan manis gitu.. sbb bawak anak-anak murid mewakili pertandingan mewarna.. even xmenang johan,naib johan n tempat ketiga yet alhamdulillah dapat membolot hadiah dari tempat ke 4 hingga 14 taw.. jangan memain..dahlah pick budak last minit sebab dapat surat ptndingan ni lambat! hehe.. tp rezeki Allah tu ada kat mana-mana.. so bersyukurlah.. huhuhu.. cikgu happy..baby dalam perut ni pun happy uols! 





    From Zero to Hero?

    Wednesday 28 November 2012
    Haha.. lame dah x up-to-date blog aku nie.. ala ilmiah la dikatakan.. so agak bosan bila update post yg terlalu "skema" .  What da fish.. skemalah sangat.. tsk..tsk.. xkesah la.. pasnie aku akan tukar heading segala bagai untuk meluah,mencoret segala apa sahaja yang aku ingin utk share kat kamu,kamu,kamu dan kamu semua yea. 

    Okay2.. apalah yang ak merepek kerepek nie. Aku pun xtahu.. haha.. juz intro to my new post in december. Aku nak share something yang aku buat bila aku menggila dengan kerja-kerja art aku. Again. Kerja Art. WHeneva aku cakap pasal art lah kan, aku bukan lah kategori ala Pablo Picasso ker Vincent Van Gogh ker ape.. but aku nie pattern yang suke men"design" sesuatu yang kosong menjadi sesuatu yang OHSEMmm! haha.. xpercaya? meh tgok nie..meh.. 



    Tantaraaa! Okay sangat lah senang and easy nak buat nie taw.. Actli mase nk buat nie xde planning apa-apa pun sebabnya aku memei dah oready beli wall clock nie kat IKEA mase cuti-cuti jenjalan dengan housemate tersayang dekat situ. Oleh sebab murah sangat, aku beli jerla. 2.50$ jer kut. Masa beli tu macam was-was jek.. sebab takut beli jam murah boleh pkai dalam 2-3 hari. Pfft! Sumpah.. Tak tipu.. Korang memei disyorkanlah beli produk IKEA nie sebabnyer mmg xrugi pun beli. Boleh guna tahan lama. 

    Cewah2! Promote produk IKEA lah pulaks! ahaks.. Lepas tu, dari kosong jer tepi2 tu aku tmpal jer DIAMOND diamond foreva dengan Hot glue gun.. Mana nak dapat diamond tu? Korang boleh beli kat kedai MYone Shop. Pastu tgok kat bahagian nails decoration. Harganya sangat murah around 1.90$ jer taw. Cheap kan? 

    Pergh.. suke betol aku buat kje simple tapi menjadi Mahal giler! Miahaha.. Senang kan? Korang pun bleh buat bnde nie.. then bolehla kasik hadiah jam dekat kawan-kawan korang yang dah nak kawen. Sebab Sekarang nie musim kawan-kawan aku kawen. So,boleh la bagi yer. Harga tu xpenting janji ikhlas, kan kan kan?? HUhuhuuu  :)




    Ahax! Yang nie pulak intro.. Huhuuu.. korang tahu ape mende nie? Aku dah buat 3 design dah . Next post ak upload all da designs yang aku buat dengan sesimple and senice- nice nyer untuk kamu kamu yang Love art and design! wiwiwiwi. Nanti aku update yea untuk next item atas nie.. Tunggu taw. From zero to Hero!

    TSSB 




    Karya Imitasi Cikgu Ella

    Wednesday 25 April 2012


    Karya Imitasi hasil daripada Cikgu Ella.. VVG






    Al kisah nak menghasilkan karya imitasi ni bukanlah kerja yang senang.. disebabkan ini adalah salah satu daripada tugasan PSV 3110 semester 5..so,finally saya come out with this painting on da canvas. Actli karya nie dilukis oleh pelukis yang originalnyer iaitu Vincent Van Gogh. Karya beliau memang superb la. Berikut merupakan serba sedikit info tentang catan di atas ini :




    Fishing Boats on the Beach at Saintes-Maries
    Oil on canvas
    65.0 x 81.5 cm.
    Arles: late June, 1888
    Tokoh : Vincent Van Gogh
    Bentuk aliran karya : Impressionisme
    Bentuk dan makna : Memperlihatkan pemandangan tepi pantai di Saintes Maries .
    Tema : Fishing Boats on the Beach at Saintes-Maries
    Tahun/stail : 1888





    Heheei.. cer teka sape la yang bgambar ngn saya nie?? huhu.. Nk taw x?? Kak Zarina.. iaitu bekas pelajarKPLI PSV IPG Ilmu Khas taww.. beliau pernah mengadakan pameran seni di NSTT. Besh3!! 






    Memandangkan tugasan kali nie kene imitasi,saya ada gak menganalisis tentang catan yang telah saya hasilkan ini. So,sila-silalah baca untuk dikongsikan bersama.. wee  :) 






    Vincent  Van Gogh merupakan  pelukis post -impresionis  yang berasal dari Belanda. Lukisan-lukisan karya dan gambar-gambarnya termasuk karya seni yang terbaik, paling terkenal, dan paling mahal di dunia. Van Gogh dianggap sebagai salah satu pelukis terbesar dalam sejarah seni Eropah. Permulaan  karya-karyanya menggunakan warna-warna yang suram. Namun,setelah  di Paris menceburi aliran impressionisme dan juga neo-impressionisme yang warna-warnanya yang lebih cerah dan gaya lukisannya dikembangkannya menjadi sebuah gaya yang unik dan mudah dikenali.

    Karya yang saya pilih untuk dijadikan karya imitasi saya bertajuk “Fishing Boats on the Beach at  Saintes-Maries” .Karya Van Gogh ini telah dihasilkan sekitar Jun tahun 1888 an. Bentuk aliran karya ini ialah aliran impressionisme. Lukisan yang dihasilkan ini memperlihatkan pemandangan pantai di Saintes Mariesdengan menggunakan teknik impasto.

    Van Gogh telah menghasilkan karya ini ketika beliau melawat sebuah perkampungan  iaitu di of Saintes-Maries-de-la-Mer .Setelah beberapa hari beliau berada di situ, beliau tidak dapat melukis gambar pemandangn bot di situ memandangkan para nelayan di situ membawa bot mereka terlalu awal pada waktu pagi sehingga dia tidak sempat untuk melukisnya.Jadi,beliau telah keluar seawal yang mungkin pada pagi itu semata-mata untuk melukis bot yang ada di tepi pantai itu.

    Karya  “Fishing Boats on the Beach at  Saintes-Maries” ini dihasilkan dengan menggunakan media cat minyak di atas kanvas bersaiz  65.0 x 81.5 cm.pemilihan alat dan bahan serta teknik yang bersesuaian ini menjadikan karya beliau seolah-olah timbul di atas permukaan kanvas itu sendiri.

    Selain itu,memperkatakan tentang palitan warna yang digunakan secara spontan dari tiub cat minyak telah menimbulkan prinsip rekaan seperti pergerakan dalam karya tersebut. Prinsip pergerakan yang ada boleh dilihat dengan jelas terutama pada bahagian langit yang membiru dan juga ombak pantai di situ.Hal ini dapat menunjukkan suasana yang tenang dan damai pada pagi tersebut kerana pelukis berjaya membawa mood yang begitu baik semasa menghasilkan karya tersebut.

    Jika kita lihat dari unsur seni,dapat saya lihat di sini iaitu unsur garisan yang jelas atas kanvas. Terdapat pelbagai jenis garisan yang ada terutama pada bahagian pasir pantai yang mengandungi garisan halus dan tebal. Manakala garisan menegak pada batang kayu dalam bot tersebut juga salah satu unsur seni garisan yang jelas kelihatan. Garisan yang ada menghasilkan jalinan tampak pada keseluruhan karya ini.

    Beralih pula dari segi penggunaan warna pula,dapat kita lihat warna yang digunakan oleh pelukis ini adalah warna-warna sejuk yang begitu menenangkan para pemandangnya. Warna seperti warna biru dan putih pada bahagian langit dapat memperlihatkan suasana dan mood pelukis yang tenang di awal pagi melihat pemandangan di tepi pantai itu.

    Seterusnya dari segi penggunaan ruang pula,karya ini dihasilkan dengan menggunakan ruang dalam yang memperlihatkan objek jauh kelihatan lebih kecil berbanding objek yang dekat kelihatan lebih besar.Hal ini boleh dilihat dari segi bot yang besar dilukis dan diletakkan di hadapan manakala kapal layar kelihatan begitu jauh dan kecil kelihatan di bahagaian belakang. Manakala warna yang jauh semakin cerah dan warna yang dekat jelas kelihatan terang penggunaan warnanya.

    Secara keseluruhan,pelukis berjaya melukis pemandangan bot ini yang begitu menarik mengikut aliran impressionisme yang begitu mengkagumkan . Hasil usaha pelukis ini berjaya menunjukkan kehebatan beliau dalam penghasilan karya-karya seni yang begitu agung. Teknik impasto yang digunakan juga memperlihatkan kualiti dan kematangan pelukis mewarna dengan spontan dan meyakinkan.

    RENJISAN DAN PERCIKAN

    Monday 9 April 2012

    RENJISAN DAN PERCIKAN


    qTeknik renjisan dan percikan merupakan teknik penghasilan karya menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan.

    qRenjisan dan percikan ialah satu teknik menghasilkan corak tidak sengaja dengan cara menghambur titik-titik warna air yang berselerak kesana-sini.

    q Renjisan dan percikan boleh berlaku keatas permukaan kertas kering atau lembap.

    q Kesan warna yang direnjis atau dipercik menimbulkan corak tidak terancang.




    Contoh Renjisan dan Percikan



    IKATAN DAN CELUPAN

    IKATAN DAN CELUPAN



    Jenis-jenis ikatan
    -Jahitan
    -Ikatan yang diisi dengan pelbagai objek
    -Lipatan dan ikatan
    -Simpulan


    TIUPAN



    Menitiskan air di atas kertas dan meniup dengan penyedut minuman  ( straw ).
    Mengulang kegiatan di atas dengan pelbagai warna untuk menimbulkan pertindihan warna.




    Contoh Tiupan


    Video Tiupan


    How to Blow Paint: Art Projects for Children











    TITISAN



    TITISAN

    * menitiskan cat air pada permukaan kertas lukisan. 
      
    *menitiskan cat air dari atas dengan jarak yang berbeza ke kertas lukisan  untuk mendapatkan kesan yang berbeza.







    bidang : membuat corak & rekaan





    corak tidak terancang





    teknik : titisan





    bahan: lilin,poster colour












    Pualaman



    Pualaman

    ~>dikenali sebagai permarmaran kerana teknik ini merupakan satu proses untuk mendapatkan kesan corak marmar.


    ~>merupakan satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit.


    qPualaman terawal ditemui di China dalam bentuk kompilasi yang bertajuk Wen Fang Si Puor. Kompilasi ini mengandungi maklumat tentang batang dakwat, batu dakwat, berus dakwat dan kertas di China. Ia menjelaskan maklumat tentang jenis kertas dekoratif yang dipanggil sha jian yang bermakna ‘drifting-sand’. Kertas ini dihasilkan melalui tindakan menarik kertas didalam tepung yang telah melalui proses penapaian yang telah dicampur dengan pelbagai warna. Ia menghasilkan corak yang bebas mempunyai corak kemarmaran.


















    Corak Tidak Terancang




    Corak Tidak Terancang




    Antara Corak tidak terancang termasuklah :












    Gosokan

    PENGENALAN




    Gosokan










    Ia adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan

    Ia juga satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.


    Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok.



    Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.



    Dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan berbagai perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa dan sebagainya. Apabila kita mengaplikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran.



     TEKNIK GOSOKAN



    Secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.



    Cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.



    Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.


    Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu.






     





     





















    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers