• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Karya Imitasi Cikgu Ella

    Wednesday 25 April 2012


    Karya Imitasi hasil daripada Cikgu Ella.. VVG






    Al kisah nak menghasilkan karya imitasi ni bukanlah kerja yang senang.. disebabkan ini adalah salah satu daripada tugasan PSV 3110 semester 5..so,finally saya come out with this painting on da canvas. Actli karya nie dilukis oleh pelukis yang originalnyer iaitu Vincent Van Gogh. Karya beliau memang superb la. Berikut merupakan serba sedikit info tentang catan di atas ini :




    Fishing Boats on the Beach at Saintes-Maries
    Oil on canvas
    65.0 x 81.5 cm.
    Arles: late June, 1888
    Tokoh : Vincent Van Gogh
    Bentuk aliran karya : Impressionisme
    Bentuk dan makna : Memperlihatkan pemandangan tepi pantai di Saintes Maries .
    Tema : Fishing Boats on the Beach at Saintes-Maries
    Tahun/stail : 1888





    Heheei.. cer teka sape la yang bgambar ngn saya nie?? huhu.. Nk taw x?? Kak Zarina.. iaitu bekas pelajarKPLI PSV IPG Ilmu Khas taww.. beliau pernah mengadakan pameran seni di NSTT. Besh3!! 






    Memandangkan tugasan kali nie kene imitasi,saya ada gak menganalisis tentang catan yang telah saya hasilkan ini. So,sila-silalah baca untuk dikongsikan bersama.. wee  :) 






    Vincent  Van Gogh merupakan  pelukis post -impresionis  yang berasal dari Belanda. Lukisan-lukisan karya dan gambar-gambarnya termasuk karya seni yang terbaik, paling terkenal, dan paling mahal di dunia. Van Gogh dianggap sebagai salah satu pelukis terbesar dalam sejarah seni Eropah. Permulaan  karya-karyanya menggunakan warna-warna yang suram. Namun,setelah  di Paris menceburi aliran impressionisme dan juga neo-impressionisme yang warna-warnanya yang lebih cerah dan gaya lukisannya dikembangkannya menjadi sebuah gaya yang unik dan mudah dikenali.

    Karya yang saya pilih untuk dijadikan karya imitasi saya bertajuk “Fishing Boats on the Beach at  Saintes-Maries” .Karya Van Gogh ini telah dihasilkan sekitar Jun tahun 1888 an. Bentuk aliran karya ini ialah aliran impressionisme. Lukisan yang dihasilkan ini memperlihatkan pemandangan pantai di Saintes Mariesdengan menggunakan teknik impasto.

    Van Gogh telah menghasilkan karya ini ketika beliau melawat sebuah perkampungan  iaitu di of Saintes-Maries-de-la-Mer .Setelah beberapa hari beliau berada di situ, beliau tidak dapat melukis gambar pemandangn bot di situ memandangkan para nelayan di situ membawa bot mereka terlalu awal pada waktu pagi sehingga dia tidak sempat untuk melukisnya.Jadi,beliau telah keluar seawal yang mungkin pada pagi itu semata-mata untuk melukis bot yang ada di tepi pantai itu.

    Karya  “Fishing Boats on the Beach at  Saintes-Maries” ini dihasilkan dengan menggunakan media cat minyak di atas kanvas bersaiz  65.0 x 81.5 cm.pemilihan alat dan bahan serta teknik yang bersesuaian ini menjadikan karya beliau seolah-olah timbul di atas permukaan kanvas itu sendiri.

    Selain itu,memperkatakan tentang palitan warna yang digunakan secara spontan dari tiub cat minyak telah menimbulkan prinsip rekaan seperti pergerakan dalam karya tersebut. Prinsip pergerakan yang ada boleh dilihat dengan jelas terutama pada bahagian langit yang membiru dan juga ombak pantai di situ.Hal ini dapat menunjukkan suasana yang tenang dan damai pada pagi tersebut kerana pelukis berjaya membawa mood yang begitu baik semasa menghasilkan karya tersebut.

    Jika kita lihat dari unsur seni,dapat saya lihat di sini iaitu unsur garisan yang jelas atas kanvas. Terdapat pelbagai jenis garisan yang ada terutama pada bahagian pasir pantai yang mengandungi garisan halus dan tebal. Manakala garisan menegak pada batang kayu dalam bot tersebut juga salah satu unsur seni garisan yang jelas kelihatan. Garisan yang ada menghasilkan jalinan tampak pada keseluruhan karya ini.

    Beralih pula dari segi penggunaan warna pula,dapat kita lihat warna yang digunakan oleh pelukis ini adalah warna-warna sejuk yang begitu menenangkan para pemandangnya. Warna seperti warna biru dan putih pada bahagian langit dapat memperlihatkan suasana dan mood pelukis yang tenang di awal pagi melihat pemandangan di tepi pantai itu.

    Seterusnya dari segi penggunaan ruang pula,karya ini dihasilkan dengan menggunakan ruang dalam yang memperlihatkan objek jauh kelihatan lebih kecil berbanding objek yang dekat kelihatan lebih besar.Hal ini boleh dilihat dari segi bot yang besar dilukis dan diletakkan di hadapan manakala kapal layar kelihatan begitu jauh dan kecil kelihatan di bahagaian belakang. Manakala warna yang jauh semakin cerah dan warna yang dekat jelas kelihatan terang penggunaan warnanya.

    Secara keseluruhan,pelukis berjaya melukis pemandangan bot ini yang begitu menarik mengikut aliran impressionisme yang begitu mengkagumkan . Hasil usaha pelukis ini berjaya menunjukkan kehebatan beliau dalam penghasilan karya-karya seni yang begitu agung. Teknik impasto yang digunakan juga memperlihatkan kualiti dan kematangan pelukis mewarna dengan spontan dan meyakinkan.

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers