Gurisan
Monday, 9 April 2012
TEKNIK GURISAN
Gurisan memberi maksud..
Sesuatu alat yang tajam boleh digunakan untuk menguris keluar sesuatu bahan yang lembut di sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
1. Warnakan kertas lukisan dengan warna krayon. Anda boleh mewarnakannya secara spontan. Tidak semestinya krayon itu diwarnakan berbaris seperti gambar diatas. Apa yang penting adalah kertas lukisan itu dipenuhi dengan pelbagai warna krayon.
2. Apabila
kertas lukisan sudah dipenuhi dengan pelbagai warna, anda perlu mewarnakan
kertas tersebut dengan warna hitam hingga kertas tersebut menjadi hitam.
3. Akhir sekali
anda boleh mula melukis pada permukaan kertas tersebut dengan menggunakan objek
tajam seperti batang lidi, hujung pembaris dan apa sahaja yang difikirkan
sesuai. Selamat mencuba. Sekian.
Gurisan RumaH Usang
0 comments: