Karya Imitasi Cikgu Ella
Wednesday, 25 April 2012
Karya Imitasi hasil daripada Cikgu Ella.. VVG
Al kisah nak menghasilkan karya imitasi ni bukanlah kerja yang senang.. disebabkan ini adalah salah satu daripada tugasan PSV 3110 semester 5..so,finally saya come out with this painting on da canvas. Actli karya nie dilukis oleh pelukis yang originalnyer iaitu Vincent Van Gogh. Karya beliau memang superb la. Berikut merupakan serba sedikit info tentang catan di atas ini :
Fishing Boats on the Beach at Saintes-Maries
Oil on canvas
65.0 x 81.5 cm.
Arles: late June, 1888
65.0 x 81.5 cm.
Arles: late June, 1888
Tokoh : Vincent Van Gogh
Bentuk aliran karya : Impressionisme
Bentuk dan makna : Memperlihatkan pemandangan
tepi pantai di Saintes Maries .
Tema : Fishing Boats on
the Beach at Saintes-Maries
Tahun/stail : 1888
Heheei.. cer teka sape la yang bgambar ngn saya nie?? huhu.. Nk taw x?? Kak Zarina.. iaitu bekas pelajarKPLI PSV IPG Ilmu Khas taww.. beliau pernah mengadakan pameran seni di NSTT. Besh3!!
Memandangkan tugasan kali nie kene imitasi,saya ada gak menganalisis tentang catan yang telah saya hasilkan ini. So,sila-silalah baca untuk dikongsikan bersama.. wee :)
Vincent Van Gogh merupakan pelukis post -impresionis yang berasal dari Belanda. Lukisan-lukisan
karya dan gambar-gambarnya termasuk karya seni yang terbaik, paling terkenal,
dan paling mahal di dunia. Van Gogh dianggap sebagai salah satu pelukis
terbesar dalam sejarah seni Eropah.
Permulaan karya-karyanya menggunakan
warna-warna yang suram. Namun,setelah di
Paris menceburi aliran impressionisme dan juga neo-impressionisme yang
warna-warnanya yang lebih cerah dan gaya lukisannya dikembangkannya menjadi
sebuah gaya yang unik dan mudah dikenali.
Karya yang saya pilih untuk
dijadikan karya imitasi saya bertajuk “Fishing Boats on the Beach at Saintes-Maries” .Karya Van Gogh ini telah
dihasilkan sekitar Jun tahun 1888 an. Bentuk aliran karya ini ialah aliran
impressionisme. Lukisan yang dihasilkan ini memperlihatkan pemandangan pantai di Saintes Mariesdengan
menggunakan teknik impasto.
Van Gogh telah
menghasilkan karya ini ketika beliau melawat sebuah perkampungan iaitu di of Saintes-Maries-de-la-Mer .Setelah beberapa
hari beliau berada di situ, beliau tidak dapat melukis gambar pemandangn bot di
situ memandangkan para nelayan di situ membawa bot mereka terlalu awal pada
waktu pagi sehingga dia tidak sempat untuk melukisnya.Jadi,beliau telah keluar
seawal yang mungkin pada pagi itu semata-mata untuk melukis bot yang ada di tepi
pantai itu.
Karya “Fishing Boats on the Beach at Saintes-Maries” ini dihasilkan dengan
menggunakan media cat minyak di atas kanvas bersaiz 65.0 x 81.5 cm.pemilihan alat dan
bahan serta teknik yang bersesuaian ini menjadikan karya beliau seolah-olah timbul
di atas permukaan kanvas itu sendiri.
Selain itu,memperkatakan
tentang palitan warna yang digunakan secara spontan dari tiub cat minyak telah
menimbulkan prinsip rekaan seperti pergerakan dalam karya tersebut. Prinsip
pergerakan yang ada boleh dilihat dengan jelas terutama pada bahagian langit
yang membiru dan juga ombak pantai di situ.Hal ini dapat menunjukkan suasana
yang tenang dan damai pada pagi tersebut kerana pelukis berjaya membawa mood
yang begitu baik semasa menghasilkan karya tersebut.
Jika kita lihat dari
unsur seni,dapat saya lihat di sini iaitu unsur garisan yang jelas atas kanvas.
Terdapat pelbagai jenis garisan yang ada terutama pada bahagian pasir pantai
yang mengandungi garisan halus dan tebal. Manakala garisan menegak pada batang kayu
dalam bot tersebut juga salah satu unsur seni garisan yang jelas kelihatan.
Garisan yang ada menghasilkan jalinan tampak pada keseluruhan karya ini.
Beralih pula dari segi
penggunaan warna pula,dapat kita lihat warna yang digunakan oleh pelukis ini
adalah warna-warna sejuk yang begitu menenangkan para pemandangnya. Warna
seperti warna biru dan putih pada bahagian langit dapat memperlihatkan suasana
dan mood pelukis yang tenang di awal pagi melihat pemandangan di tepi pantai
itu.
Seterusnya dari segi penggunaan
ruang pula,karya ini dihasilkan dengan menggunakan ruang dalam yang
memperlihatkan objek jauh kelihatan lebih kecil berbanding objek yang dekat
kelihatan lebih besar.Hal ini boleh dilihat dari segi bot yang besar dilukis
dan diletakkan di hadapan manakala kapal layar kelihatan begitu jauh dan kecil
kelihatan di bahagaian belakang. Manakala warna yang jauh semakin cerah dan
warna yang dekat jelas kelihatan terang penggunaan warnanya.
Secara
keseluruhan,pelukis berjaya melukis pemandangan bot ini yang begitu menarik
mengikut aliran impressionisme yang begitu mengkagumkan . Hasil usaha pelukis
ini berjaya menunjukkan kehebatan beliau dalam penghasilan karya-karya seni
yang begitu agung. Teknik impasto yang digunakan juga memperlihatkan kualiti
dan kematangan pelukis mewarna dengan spontan dan meyakinkan.
0 comments: