• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Gurisan

    Monday 9 April 2012

    TEKNIK GURISAN

    Gurisan memberi maksud.. 


    Sesuatu alat yang tajam boleh digunakan untuk menguris keluar sesuatu bahan yang lembut di sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan. 



    [gurisan+1step.JPG]


    1. Warnakan kertas lukisan dengan warna krayon. Anda boleh mewarnakannya secara spontan. Tidak semestinya krayon itu diwarnakan berbaris seperti gambar diatas. Apa yang penting adalah kertas lukisan itu dipenuhi dengan pelbagai warna krayon.

    [gurisan+step+2.JPG]


    2. Apabila kertas lukisan sudah dipenuhi dengan pelbagai warna, anda perlu mewarnakan kertas tersebut dengan warna hitam hingga kertas tersebut menjadi hitam.

    [gurisan1.JPG]


    3. Akhir sekali anda boleh mula melukis pada permukaan kertas tersebut dengan menggunakan objek tajam seperti batang lidi, hujung pembaris dan apa sahaja yang difikirkan sesuai. Selamat mencuba. Sekian.










    Gurisan RumaH Usang






    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers